Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: لَمَّا أُسْرِيَ بِي إِلَى السَّمَاءِ، أَدْخَلَنِي جِبْرِيلُ الْجَنَّةَ. فَنَاوَلَنِي تُفَّاحَةً فَأَكَلْتُهَا فَصَارَتْ نُطْفَةً فِي صُلْبِي. فَلَمَّا نَزَلْتُ وَاقَعْتُ خَدِيجَةَ، فَفَاطِمَةُ مِنْ تِلْكِ النُّطْفَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Ketika aku diangkat ke langit, aku dimasukkan oleh Jibril ke dalam syurga. Lalu dia memberiku sebiji epal.Lalu aku makan dan ia menjadi air mani dalam sulbiku. Selepas aku turun aku menggauli Khadijah. Fatimah adalah hasil daripada air mani itu.
Sahabat Perawi
- ‘Aisyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 389, hadis no. 110. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن عائشة مرفوعا، وفي إسناده: محمد بن الخليل مجهول وقال ابن الجوزي: كذاب يضع، وفاطمة ولدت قبل النبوة، والعجب من الحاكم حيث يروى في المستدرك نحو هذا، وجعل مكان التفاحة سفرجلة، ولكنه قال بعد إخراجه: حديث غريب، وشهاب بن حرب مجهول. وقال الذهبي، في تلخيص المستدرك: هذا كذب جلي. وقال ابن حجر: فاطمة ولدت قبل ليلة الإسراء بالإجماع، وقال الذهبي: فاطمة ولدت قبل النبوة فضلا عن الإسراء.
Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada 'Aisyah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Muhammad bin al-Khalil seorang majhul (tidak dikenali). Ibn al-Jauzi berkata: Dia adalah pendusta dan pemalsu hadith. Sedangkan Fatimah lahir sebelum kenabian lagi. Sesuatu yang pelik apabila al-Hakim meriwayatkan hadith ini dalam al-Mustadrak. Dia menggantikan epal dengan buah Safarjal (Quince). Namun, dia menyebutkan selepas dia meriwayatkannya: Hadith gharib (ganjil), Syihab bin Harb adalah majhul (tidak dikenali). Al-Zahabi berkata dalam Talkhis al-Mustadrak: Ini adalah pendustaan yang jelas. Ibn Hajar berkata: Fatimah dilahirkan sebelum malam al-Isra’ secara sepakat oleh para ulama. Al-Zahabi berkata: Fatimah dilahirkan sebelum kenabian apatah lagi peristiwa al-Isra’.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman