Ketika aku diangkat ke langit. Aku berkata: Ya Allah Engkau jadikanlah Ali bin Abi Talib khalifah selepasku lalu langit bergegar

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لما عرج بي إلى السماء. قلت: اللهم اجعل الخليفة بعدي علي بن أبي طالب فارتجت السماء، وهتف بي الملائكة من كل جانب، يا محمد، اقرأ: (وما تشاءون إلا أن يشاء الله) قد شاء الله أن يكون من بعدك أبو بكر الصديق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ketika aku diangkat ke langit. Aku berkata: Ya Allah, Engkau jadikanlah Ali bin Abi Talib khalifah selepasku. Lalu langit bergegar dan malaikat mengerumuniku: Wahai Muhammad, Bacalah “Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah.” Allah telah berkehendak menjadikan Abu Bakar sebagai khalifah selepas kamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 335, hadis nombor 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الجوزقي عن أبي سعيد مرفوعا، وهو موضوع.

Al-Jawzaqi meriwayatkannya daripada Abu Said secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ia adalah palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs