Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: لَمَّا عُرِجَ بِي إِلَى السَّمَاءِ. قُلْتُ: اللَّهُمَّ اجْعَلِ الْخَلِيفَةَ بَعْدِي عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ فَارْتَجَّتِ السَّمَاءُ، وَهَتَفَ بِي الْمَلائِكَةُ مِنْ كُلِّ جَانِبٍ، يَا مُحَمَّدُ، اقْرَأْ: (وَمَا تَشَاءُونَ إِلا أَنْ يَشَاءَ الله) قَدْ شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكُونَ من بعدك أبو بكر الصديق.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Ketika aku diangkat ke langit. Aku berkata: Ya Allah, Engkau jadikanlah Ali bin Abi Talib khalifah selepasku. Lalu langit bergegar dan malaikat mengerumuniku: Wahai Muhammad, Bacalah “Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah.” Allah telah berkehendak menjadikan Abu Bakar sebagai khalifah selepas kamu.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 335, hadis no. 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الجوزقي عن أبي سعيد مرفوعا، وهو موضوع.
Al-Jawzaqi meriwayatkannya daripada Abu Said secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ia adalah palsu.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman