Ketika aku diangkat ke langit, aku berhenti bersama Jibril di Sidratul Muntaha

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لما أسري بي إلى السماء، انتهى بي جبريل إلى سدرة المنتهى، فغمسني في النور غمسة، ثم تنحى عني، فقلت: حبيبي جبريل: أحوج ما كنت إليك تدعني وتتنحى، فقال: يا محمد: إنك في موقف، لا يكون نبي مرسل، ولا ملك مقرب، سيقف ههنا، أنت من الله أدنى من القاب إلى القوس، فأتاني الملك، فقال: إن الرحمن يسبح نفسه، فسمعت الرحمن يقول: سبحان الله، ما أعظم الله، لا إله إلا الله، فقلت: يا رسول الله: ما لمن قال هكذا؟ قال: يا أبا هريرة: لا تخرج روحه من جسده، حتى يراني أريه موضعه من الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ketika aku diangkat ke langit, aku berhenti bersama Jibril di Sidratul Muntaha, lalu dia menenggelamkan aku dalam cahaya sebanyak satu celupan, kemudian dia menjauhkan diri dariku. Lalu aku berkata: Kekasihku Jibril, aku sedang memerlukanmu tetapi kamu meninggalkan aku dan menjauhkan diri dariku. Dia berkata: Wahai Muhammad, engkau berada pada suatu tempat di mana tiada nabi yang diutuskan atau malaikat yang boleh sampai ke tempat ini. Engkau lebih dekat dengan Allah dari panah dengan busurnya. Lalu datang seorang malaikat kepadaku dan berkata: Sesungguhnya al-Rahman sedang memuji dirinya. Aku mendengar al-Rahman berkata: Maha Suci Allah, alangkah agungnya Allah, tiada tuhan selain Allah. Lalu aku berkata: Kepada siapa yang engkau katakan begini? Dia berkata: Wahai Abu Hurairah, tidak keluar ruh dari jasadnya sehingga dia melihatku menunjukkan tempatnya di syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 443, 444, hadis nombor 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أبي هريرة مرفوعا، وقا ل: منكر.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Munkar.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs