Ketika ‘Aishah berada di rumahnya, beliau mendengar suatu bunyi di Madinah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

بينما عائشة في بيتها إذ سمعت صوتا في المدينة؛ فقالت: ما هذا؟ قالوا: عير لعبد الرحمن بن عوف قدمت من الشام؛ تحمل من كل شيء، قال: فكانت سبع مئة بعير، قال: فارتجت المدينة من الصوت، فقالت عائشة: سمعت رسول اللہ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، يقول: قد رأيت عبد الرحمن بن عوف يدخل الجنة حبوا، فبلغ ذلك عبد الرحمن بن عوف، فقال: إن استطعت؛ لأدخلتها قائمأ! فجعلها بأقتابها وأحمالها في سبيل الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika ‘Aishah berada di rumahnya, beliau mendengar suatu bunyi di Madinah lalu beliau bertanya: Bunyi apakah itu? Mereka menjawab: Itulah kafilah ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf yang datang dari Syam dengan membawa banyak barang. Dia berkata: Ia terdiri daripada 700 ekor unta. Dia berkata: Madinah bergegar dengan bunyi itu. ‘Aisyah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Aku melihat ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf masuk ke dalam syurga dalam keadaan merangkak. Sabda Nabi SAW ini sampai kepada ‘Abd al- Rahman bin ‘Auf lalu dia berkata: Jika aku mampu, aku akan memasukinya dalam keadaan berdiri! Lalu beliau menjadikan pelana dan muatannya pada jalan Allah ‘Azza wa Jalla.

STATUS

Dusta

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1959, hadis nombor 9802. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(کذب)
عن أنس – رضي الله عنه-، قال: بينما عائشة في بيتها إذ سمعت صوتا في المدينة؛ فقالت: ما هذا؟ قالوا: عير لعبد الرحمن بن عوف قدمت من الشام؛ تحمل من كل شيء، قال: فكانت سبع مئة بعير، قال: فارتجت المدينة من الصوت، فقالت عائشة: سمعت رسول اللہ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، يقول: قد رأيت عبد الرحمن بن عوف يدخل الجنة حبوا، فبلغ ذلك عبد الرحمن بن عوف، فقال: إن استطعت؛ لأدخلتها قائمأ! فجعلها بأقتابها وأحمالها في سبيل الله عز وجل.
[حم، ابن عساكر، البزار، طب، حل، ابن الجوزي ((الضعيفة)) (6590)]

(Dusta)
Daripada Anas RA, dia berkata: Ketika ‘Aishah berada di rumahnya, beliau mendengar suatu bunyi di Madinah lalu beliau bertanya: Bunyi apakah itu? Mereka menjawab: Itulah kafilah ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf yang datang dari Syam dengan membawa banyak barang. Dia berkata: Ia terdiri daripada 700 ekor unta. Dia berkata: Madinah bergegar dengan bunyi itu. ‘Aisyah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Aku melihat ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf masuk ke dalam syurga dalam keadaan merangkak. Sabda Nabi SAW ini sampai kepada ‘Abd al- Rahman bin ‘Auf lalu dia berkata: Jika aku mampu, aku akan memasukinya dalam keadaan berdiri! Lalu beliau menjadikan pelana dan muatannya pada jalan Allah ‘Azza wa Jalla.
[Riwayat Ahmad, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, al-Bazzar dalam Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nu‘aim dalam Hilyah al-Awliya’ dan Ibn al-Jauzi dalam al-Maudu‘at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6590]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.