Dusta
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بَينما عائشةُ في بيتِها إذ سمِعَتْ صوتًا في المدينةِ، فقالت: ما هذا؟ قالوا: عيرٌ لعبدِ الرحمنِ بنِ عَوفٍ قدِمَتْ منَ الشامِ؛ تَحمِلُ من كلِّ شيءٍ، قال: فكانت سَبعَ مئةِ بَعيرٍ، قال: فارتَجَّتِ المدينةُ منَ الصوتِ، فقالت عائشةُ: سمِعْتُ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، يقولُ: قد رأيْتُ عبدَ الرحمنِ بنَ عَوفٍ يدخُلُ الجَنَّةَ حَبوًا، فبلَغَ ذلك عبدَ الرحمنِ بنَ عَوفٍ، فقال: إنِ استَطَعْتُ؛ لأدخُلَنَّها قائمًا! فجعَلَها بأقْتابِها وأحْمالِها في سَبيلِ اللهِ عزَّ وجلَّ.
Teks Bahasa Melayu
Ketika ‘Aishah berada di rumahnya, beliau mendengar suatu bunyi di Madinah lalu beliau bertanya: Bunyi apakah itu? Mereka menjawab: Itulah kafilah ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf yang datang dari Syam dengan membawa banyak barang. Dia berkata: Ia terdiri daripada 700 ekor unta. Dia berkata: Madinah bergegar dengan bunyi itu. ‘Aisyah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Aku melihat ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf masuk ke dalam syurga dalam keadaan merangkak. Sabda Nabi SAW ini sampai kepada ‘Abd al- Rahman bin ‘Auf lalu dia berkata: Jika aku mampu, aku akan memasukinya dalam keadaan berdiri! Lalu beliau menjadikan pelana dan muatannya pada jalan Allah ‘Azza wa Jalla.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Dusta
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1959, hadis no. 9802. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(کذب) عن أنس – رضي الله عنه-، قال: بينما عائشة في بيتها إذ سمعت صوتا في المدينة؛ فقالت: ما هذا؟ قالوا: عير لعبد الرحمن بن عوف قدمت من الشام؛ تحمل من كل شيء، قال: فكانت سبع مئة بعير، قال: فارتجت المدينة من الصوت، فقالت عائشة: سمعت رسول اللہ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، يقول: قد رأيت عبد الرحمن بن عوف يدخل الجنة حبوا، فبلغ ذلك عبد الرحمن بن عوف، فقال: إن استطعت؛ لأدخلتها قائمأ! فجعلها بأقتابها وأحمالها في سبيل الله عز وجل. [حم، ابن عساكر، البزار، طب، حل، ابن الجوزي ((الضعيفة)) (6590)]
(Dusta) Daripada Anas RA, dia berkata: Ketika ‘Aishah berada di rumahnya, beliau mendengar suatu bunyi di Madinah lalu beliau bertanya: Bunyi apakah itu? Mereka menjawab: Itulah kafilah ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf yang datang dari Syam dengan membawa banyak barang. Dia berkata: Ia terdiri daripada 700 ekor unta. Dia berkata: Madinah bergegar dengan bunyi itu. ‘Aisyah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Aku melihat ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf masuk ke dalam syurga dalam keadaan merangkak. Sabda Nabi SAW ini sampai kepada ‘Abd al- Rahman bin ‘Auf lalu dia berkata: Jika aku mampu, aku akan memasukinya dalam keadaan berdiri! Lalu beliau menjadikan pelana dan muatannya pada jalan Allah ‘Azza wa Jalla. [Riwayat Ahmad, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, al-Bazzar dalam Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nu‘aim dalam Hilyah al-Awliya’ dan Ibn al-Jauzi dalam al-Maudu‘at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6590]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman