TEKS BAHASA ARAB
بينما عائشة في بيتها إذ سمعت صوتا في المدينة، فقالت: ما هذا؟ قالوا:عيرلعبد الرحمن بن عوف قدمت من الشام، تحمل من كل شيء، قال: فكانت سبع مئة بعير، قال: فارتجت المدينة من الصوت، فقالت عائشة: سمعت رسول الله ﷺ يقول: قد رأيت عبد الرحمن بن عوف يدخل الجنة حبوا. فبلغ ذلك عبد الرحمن بن عوف، فقال:إن استطعت، لأدخلنها قائما! فجعلها بأقتابها وأحمالها في سبيل الله عز وجل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ketika ‘Aishah berada di rumahnya, beliau mendengar satu suara di Madinah lalu dia bertanya: "Apakah ini?" Mereka menjawab: "Kafilah Abd al-Rahman bin Auf datang dari Syam membawa banyak barang." Dia berkata: "Ia terdiri dari 700 ekor unta." Dia berkata: "Madinah bergegar dengan suara itu." ‘Aishah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Aku melihat Abd al-Rahman bin Auf masuk ke dalam syurga dalam keadaan merangkak." Lalu ia sampai kepada Abdul Rahman bin Auf. Beliau berkata: "Jika aku mampu aku akan memasukinya dalam keadaan berdiri!" Lalu beliau menjadikan pelana dan muatannya pada jalan Allah ‘Azza wa Jalla.
STATUS
Dusta
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 639-640, hadis nombor 3314. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(کذب) عن أنس – رضي الله عنه-، قال: بينما عائشة في بيتها إذ سمعت صوتا في المدينة؛ فقالت: ما هذا؟ قالوا: عير لعبدالرحمن بن عوف قدمت من الشام؛ تحمل من كل شيء، قال: فكانت سبع مئة بعير، قال: فارتجت المدينة من الصوت، فقالت عائشة: سمعت رسول اللہ ﷺ يقول: قد رأيت عبدالرحمن بن عوف يدخل الجنة حبوا، فبلغ ذلك عبدالرحمن بن عوف، فقال: إن استطعت؛ لأدخلتها قائمأ! فجعلها بأقتابها وأحمالها في سبيل الله – عز وجل -. [حم، ابن عساكر، البزار، طب، حل، ابن الجوزي «الضعيفة»(6590)]
(Dusta) Daripada Anas RA berkata: Ketika ‘Aishah berada di rumahnya, beliau mendengar satu suara di Madinah lalu dia bertanya: "Apakah ini?" Mereka menjawab: "Kafilah Abd al-Rahman bin Auf datang dari Syam membawa banyak barang." Dia berkata: "Ia terdiri dari 700 ekor unta." Dia berkata: "Madinah bergegar dengan suara itu." ‘Aishah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Aku melihat Abd al-Rahman bin Auf masuk ke dalam syurga dalam keadaan merangkak." Lalu ia sampai kepada Abd al- Rahman bin Auf. Beliau berkata: "Jika aku mampu aku akan memasukinya dalam keadaan berdiri!" Lalu beliau menjadikan pelana dan muatannya pada jalan Allah ‘Azza wa Jalla. [Riwayat Ahmad, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, al-Bazzar dalam Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nuaim dalam al-Hilyah, Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhuat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6590]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.