Dusta
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بَينما عائشةُ في بيتِها، إذ سمِعَتْ صوتًا في المدينةِ، فقالت: ما هذا؟ قالوا: عيرٌ لعبدِ الرحمنِ بنِ عَوفٍ قدِمَتْ منَ الشامِ تَحمِلُ من كلِّ شيءٍ، قال: فكانت سَبعَ مئةِ بَعيرٍ، قال: فارتَجَّتِ المدينةُ منَ الصوتِ، فقالت عائشةُ: سمِعْتُ رسولَ اللهِ ﷺ، يقولُ: قد رأيْتُ عبدَ الرحمنِ بنَ عَوفٍ يدخُلُ الجَنَّةَ حَبوًا، فبلَغَ ذلك عبدَ الرحمنِ بنَ عَوفٍ، فقال: إنِ استَطَعْتُ لأدخُلَنَّها قائمًا، فجعَلَها بأقْتابِها، وأحْمالِها في سَبيلِ اللهِ عزَّ وجلَّ.
Teks Bahasa Melayu
Ketika 'Aishah berada di rumahnya, beliau mendengar satu suara di Madinah lalu dia bertanya: "Apakah ini?" Mereka menjawab: "Kafilah Abd al-Rahman bin Auf datang dari Syam membawa banyak barang." Dia berkata: "Ia terdiri dari 700 ekor unta." Dia berkata: "Madinah bergegar dengan suara itu." 'Aishah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Aku melihat Abd al-Rahman bin Auf masuk ke dalam syurga dalam keadaan merangkak." Lalu ia sampai kepada Abdul Rahman bin Auf. Beliau berkata: "Jika aku mampu aku akan memasukinya dalam keadaan berdiri!" Lalu beliau menjadikan pelana dan muatannya pada jalan Allah 'Azza wa Jalla.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Dusta
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 639-640, hadis no. 3314. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Dusta) Daripada Anas RA berkata: Ketika 'Aishah berada di rumahnya, beliau mendengar satu suara di Madinah lalu dia bertanya: "Apakah ini?" Mereka menjawab: "Kafilah Abd al-Rahman bin Auf datang dari Syam membawa banyak barang." Dia berkata: "Ia terdiri dari 700 ekor unta." Dia berkata: "Madinah bergegar dengan suara itu." 'Aishah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Aku melihat Abd al-Rahman bin Auf masuk ke dalam syurga dalam keadaan merangkak." Lalu ia sampai kepada Abd al- Rahman bin Auf. Beliau berkata: "Jika aku mampu aku akan memasukinya dalam keadaan berdiri!" Lalu beliau menjadikan pelana dan muatannya pada jalan Allah 'Azza wa Jalla. [Riwayat Ahmad, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, al-Bazzar dalam Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nuaim dalam al-Hilyah, Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhuat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6590]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman