Ketika Abu Bakar al-Siddiq sedang makan tengah hari bersama Rasulullah SAW, telah turun ayat yang berikut

TEKS BAHASA ARAB

بينما أبو بكر الصديق -رضي الله عنه- يتغدى مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؛ إذ نزلت هذه الآية: {فمن يعمل مثقال ذرة خيراً يره. ومن يعمل مثقال ذرة شراً يره}؛ فأمسك أبو بكر، وقال: "يا رسول الله! أكل ما عملنا من سوء رأيناه؟" فقال: "ما ترون مما تكرهون؛ فذلك ما تجزون، يؤخر الخير لأهله في الآخرة.:

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Abu Bakar al-Siddiq sedang makan tengah hari bersama Rasulullah SAW, telah turun ayat yang berikut, firman Allah SWT: “Maka barang siapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan diperlihatkan kepadanya. Dan barang siapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan diperlihatkan kepadanya.” (al-Zalzalah: 7-8). Lalu Abu Bakar terdiam kemudian berkata: "Wahai Rasulullah! Adakah kami dapat melihat setiap apa yang kami lakukan daripada kejahatan?" Maka Rasulullah pun bersabda: Kalian semua tidak akan melihat apa yang kalian tidak sukai dan itulah balasan kepada kalian. Kebaikan ditunda untuk ahlinya pada hari akhirat nanti.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1511, hadis nombor 7690. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أسماء الرحبي قال: بينما أبو بكر الصديق -رضي الله عنه- يتغدى مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؛ إذ نزلت هذه الآية: {فمن يعمل مثقال ذرة خيراً يره. ومن يعمل مثقال ذرة شراً يره}؛ فأمسك أبو بكر، وقال: "يا رسول الله! أكل ما عملنا من سوء رأيناه؟" فقال: ((ما ترون مما تكرهون؛ فذلك ما تجزون، يؤخر الخير لأهله في الآخرة.)) [ك، (الضعيفة)) (5212)].

(Lemah)
Daripada Abu Asma al-Rahbi, beliau berkata: Ketika Abu Bakar al-Siddiq sedang makan tengah hari bersama Rasulullah SAW, telah turun ayat yang berikut, firman Allah SWT: “Maka barang siapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan diperlihatkan kepadanya. Dan barang siapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan diperlihatkan kepadanya.” (al-Zalzalah: 7-8). Lalu Abu Bakar terdiam kemudian berkata: "Wahai Rasulullah! Adakah kami dapat melihat setiap apa yang kami lakukan daripada kejahatan?" Maka Rasulullah pun bersabda: ((Kalian semua tidak akan melihat apa yang kalian tidak sukai dan itulah balasan kepada kalian. Kebaikan ditunda untuk ahlinya pada hari akhirat nanti.))
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5212].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs