Sangat Munkar Dengan Lafaz Ini

30/06/2024

minit bacaan



Ketidakadilan dalam menguruskan urusan umat akan mengundang laknat Allah

Teks Bahasa Arab

من وليَ شيئًا من أمَّتي فلم يعدل فيهم فعليْهِ بَهَلةُ اللَّهِ وبَهَلةُ اللَّهِ لعنةُ اللَّه.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang menjaga sesuatu daripada urusan umatku dan tidak berlaku adil pada mereka (dalam urusan tersebut), maka ke atasnya Bahalah dari Allah. Bahalah dari Allah: Laknat Allah.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas’ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar Dengan Lafaz Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 858, hadis no. 4387. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا بهذا اللفظ) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من ولي شيئا من أمتي فلم يعدل فيهم؛ فعليه بهلة الله. وبهلة الله: لعنة الله)). [عد، ((الضعيفة)) (6867)].

(Sangat Munkar Dengan Lafaz Ini) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menjaga sesuatu daripada urusan umatku dan tidak berlaku adil pada mereka (dalam urusan tersebut), maka ke atasnya Bahalah dari Allah. Bahalah dari Allah: Laknat Allah.” [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6867].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.