Classification icon

Munkar dengan menyebut lafaz al-Baqor

30/06/2024

minit bacaan



Ketenangan berada pada pengembala biri-biri dan lembu

Teks Bahasa Arab

السَّكينةُ في أهلِ الشَّاءِ والبقَرِ.

Teks Bahasa Melayu

Ketenangan berada pada pengembala biri-biri dan lembu.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar dengan menyebut lafaz al-Baqor

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 420, hadis no. 2263. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر «البقر» عن أبي هريرة - رضي الله عنه –، قال : قال رسول الله صلى اله عليه وسلم: «السكينة في أهل الشاء والبقر». [البزار، «الضعيفة» (5900)]

(Munkar dengan menyebut lafaz al-Baqor) Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Ketenangan berada pada pengembala biri-biri dan lembu. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5900]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.