TEKS BAHASA ARAB
الضحك من غير عجب من قلة الأدب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ketawa tanpa adanya ujub sudah termasuk kurang adab.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 53, hadis nombor 209. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
كلام شائع، وليس بحديث. نعم، أخرج الديلمي حديث الضحاك من غير عجب، مذهب للمرؤة، ممحقة للرزق.
Ucapan yang tersebar luas, ianya bukan hadith. Ya, al-Dailami telah mengeluarkan hadith: “Ketawa tanpa ujub, menghilangkan maruah dan memadamkan rezeki”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.