Ketawa itu ada dua jenis: Ketawa yang disukai Allah SWT dan ketawa yang dibenci oleh Allah SWT ke atasnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الضحك ضحكان: ضحك يحبه الله وضحك يمقت الله عليه فأما الضحك الذي يحبه الله فالرجل يكشر في وجه أخيه حداثة عهده به وشوقاً إلى رؤيته. وأما الضحك الذي يمقت الله به عليه فالرجل يتكلم بكلمة الجفاء أو الباطل ليضحك أو يضحك فيهوي بها في جهنم سبعين خريفاً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketawa itu ada dua jenis: Ketawa yang disukai Allah SWT dan ketawa yang dibenci oleh Allah SWT ke atasnya. Ketawa yang disukai oleh Allah SWT ialah seorang lelaki yang senyum sehingga nampak gigi di hadapan saudaranya yang baru dia kenali, dan dia berasa rindu untuk bertemu dengannya. Manakala ketawa yang dibenci oleh Allah SWT ialah seorang lelaki yang bercakap dengan ungkapan yang kasar atau batil, supaya dia ketawa atau menyebabkan orang lain ketawa. Maka perbuatan itu membawanya ke neraka Jahannam selama 70 tahun.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 120, hadis nombor 619. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن الحسن قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الضحك ضحكان: ضحك يحبه الله وضحك يمقت الله عليه فأما الضحك الذي يحبه الله فالرجل يكشر في وجه أخيه حداثة عهده به وشوقاً إلى رؤيته. وأما الضحك الذي يمقت الله به عليه فالرجل يتكلم بكلمة الجفاء أو الباطل ليضحك أو يضحك فيهوي بها في جهنم سبعين خريفاً. [هناد في الزهد، الضعيفة (5905)]

(Sangat Lemah) Daripada al-Ḥasan telah berkata: Ketawa itu ada dua jenis: Ketawa yang disukai Allah SWT dan ketawa yang dibenci oleh Allah SWT ke atasnya. Ketawa yang disukai oleh Allah SWT ialah seorang lelaki yang senyum sehingga nampak gigi di hadapan saudaranya yang baru dia kenali, dan dia berasa rindu untuk bertemu dengannya. Manakala ketawa yang dibenci oleh Allah SWT ialah seorang lelaki yang bercakap dengan ungkapan yang kasar atau batil, supaya dia ketawa atau menyebabkan orang lain ketawa. Maka perbuatan itu membawanya ke neraka Jahannam selama 70 tahun. [Diriwayatkan oleh Hannād dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5905]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.