Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الضَّحِكُ ضَحِكانِ : ضَحِكٌ يحبَّهُ اللَّهُ ، وضحِكٌ يمقتُ اللَّهُ عليهِ ، فأما الضَّحِكُ الذي يحبُّهُ اللَّهُ ؛ فالرَّجُلُ يكشِرُ في وجهِ أخيهِ حداثَةَ عهدِهِ بهِ ، وشوقًا إلى رؤيتِهِ . وأمَّا الضَّحِكُ الذي يمقتُ اللهُ به عليهِ ؛ فالرَّجلُ يتكلَّمُ بكلِمةِ الجفاءِ ، أو الباطلِ ؛ ليَضحَكَ أو يُضحِكَ ، فيَهوي بِها في جهنَّمَ سَبعينَ خَريفًا.
Teks Bahasa Melayu
Ketawa itu ada dua jenis: Ketawa yang disukai Allah SWT dan ketawa yang dibenci oleh Allah SWT ke atasnya. Ketawa yang disukai oleh Allah SWT ialah seorang lelaki yang senyum sehingga nampak gigi di hadapan saudaranya yang baru dia kenali, dan dia berasa rindu untuk bertemu dengannya. Manakala ketawa yang dibenci oleh Allah SWT ialah seorang lelaki yang bercakap dengan ungkapan yang kasar atau batil, supaya dia ketawa atau menyebabkan orang lain ketawa. Maka perbuatan itu membawanya ke neraka Jahannam selama 70 tahun.
Sahabat Perawi
- al-Hasan
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 120, hadis no. 619. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن الحسن قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الضحك ضحكان: ضحك يحبه الله وضحك يمقت الله عليه فأما الضحك الذي يحبه الله فالرجل يكشر في وجه أخيه حداثة عهده به وشوقاً إلى رؤيته. وأما الضحك الذي يمقت الله به عليه فالرجل يتكلم بكلمة الجفاء أو الباطل ليضحك أو يضحك فيهوي بها في جهنم سبعين خريفاً. [هناد في الزهد، الضعيفة (5905)]
(Terlalu Daif) Daripada al-Ḥasan telah berkata: Ketawa itu ada dua jenis: Ketawa yang disukai Allah SWT dan ketawa yang dibenci oleh Allah SWT ke atasnya. Ketawa yang disukai oleh Allah SWT ialah seorang lelaki yang senyum sehingga nampak gigi di hadapan saudaranya yang baru dia kenali, dan dia berasa rindu untuk bertemu dengannya. Manakala ketawa yang dibenci oleh Allah SWT ialah seorang lelaki yang bercakap dengan ungkapan yang kasar atau batil, supaya dia ketawa atau menyebabkan orang lain ketawa. Maka perbuatan itu membawanya ke neraka Jahannam selama 70 tahun. [Riwayat Hannād dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5905]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman