Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الضَّحِكُ في المسجدِ ظُلْمَةٌ في القبرِ.
Teks Bahasa Melayu
Ketawa di masjid menyebabkan kegelapan di dalam kubur
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1739, hadis no. 8755. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الضحك في المسجد ظلمة في القبر.)) [فر، ((الضعيفة)) (3818)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Ketawa di masjid menyebabkan kegelapan di dalam kubur)). [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3818].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman