Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Ketawa dalam masjid

Teks Bahasa Arab

الضَّحِكُ فِي المسْجِدِ ظُلْمَةٌ فِي الْقَبْرِ.

Teks Bahasa Melayu

Ketawa dalam masjid ialah kegelapan dalam kubur.

Sahabat Perawi

  1. Anas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 50, hadis no. 267. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dari rekaan tukang-tukang cerita. Pernah berlaku Rasulullah SAW duduk dalam masjid , juga para sahabat yang mulia duduk menghadap Baginda, adakalanya mereka ketawa dan Rasulullah SAW ketawa bersama mereka sebagaimana ia sudah diketahui oleh ahli hadith dan ulama syariat, para pendusta ini adalah jahil tentangnya.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.