Ketawa boleh membatalkan solat

TEKS BAHASA ARAB

الضحك ينقض الصلاة ولا ينقض الوضوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketawa boleh membatalkan solat dan tidak membatalkan wuduk.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 50, hadis nombor 268. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Pemalsu hadith ini terlupa untuk berkata: Berbeza dengan Abu Hanifah. Ini kerana tujuan hadith tersebut direka adalah untuk menolak pandangan Abu Hanifah. Diriwayatkan oleh al-Daraqutni daripada Jabir. Kebatilannya jelas.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs