Ketakutan dan pengharapan telah bersumpah untuk tidak berkumpul pada seseorang di dunia lalu orang itu mencium bau api neraka

TEKS BAHASA ARAB

أقسم الخوف والرجاء أن لا يجتمعا في أحد في الدنيا فيرح ريح النار، ولا يفترقا في أحد في الدنيا؛ فيرح ريح الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketakutan dan pengharapan telah bersumpah untuk tidak berkumpul pada seseorang di dunia lalu orang itu mencium bau api neraka, dan tidak pula berpisah mereka di dunia lalu orang itu mencium bau syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 533, hadis nombor 2823. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن ابن أبي مالك – رضي الله عنه -، قال: دخل واثلة بن الأسقع على مريض يعوده، فقال له: كيف تجدك؟ قال المريض: لقد خفت خوفا خشيت أن لا يقوم لي بعد نظام، ورجوت الله رجاء، فرجائي فوق ذلك، فقال: والله! – الله أكبر -، سمعت رسول الله ﷺ يقول: «أقسم الخوف والرجاء أن لا يجتمعا في أحد في الدنيا فيرح ريح النار، ولا يفترقا في أحد في الدنيا؛ فيرح ريح الجنة». [هب، «الضعيفة» (6149)].

(Munkar) Daripada Ibn Abū Mālik RA, beliau berkata: Wāthilah bin al-Asqa‘ masuk bertemu seorang yang sakit untuk menziarahinya, lalu dia bertanya kepadanya: “Bagaimana keadaanmu?” Orang yang sakit itu menjawab: “Sesungguhnya aku takut dengan suatu ketakutan yang aku bimbang ia tidak dapat berdiri buatku selepas suatu aturan. Aku juga telah berharap kepada Allah dengan suatu pengharapan dan pengharapanku adalah lebih besar daripadanya.” Maka (Wāthilah) berkata: “Demi Allah, Allah Maha Besar, aku telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Ketakutan dan pengharapan telah bersumpah untuk tidak berkumpul pada seseorang di dunia lalu orang itu mencium bau api neraka, dan tidak pula berpisah mereka di dunia lalu orang itu mencium bau syurga”. [Riwayat al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6149].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs