Ketahuilah sesungguhnya benda itu tidak akan menambahkan (manfaat) kepadamu melainkan kesengsaraan

TEKS BAHASA ARAB

أما إنما لا تزيدك إلا وهنا، انبذها عنك، فإنك لو مت وهي عليك ما أفلحت أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketahuilah sesungguhnya benda itu tidak akan menambahkan (manfaat) kepadamu melainkan kesengsaraan. Tanggalkanlah ia daripada dirimu! Kerana kalau kamu mati dalam keadaan benda itu masih ada padamu, nescaya kamu tidak akan berjaya selama-lamanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 452, hadis nombor 2419. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمران بن حصين – رضي الله عنه – أن النبي ﷺ أبصر على عضد رجل حلقة – أراه، قال: من صفر- فقال: ويحك ما هذه؟ قال: من الواهنة، قال: «أما إنما لا تزيدك إلا وهنا، انبذها عنك، فإنك لو مت وهي عليك ما أفلحت أبدا». [حم، «الضعيفة» (1029)].

(Lemah) Daripada ‘Imran bin Husayn RA, bahawa Nabi ﷺ melihat lengan seorang lelaki yang memakai seutas gelang – aku fikir, dia berkata: ia daripada tembaga kuning – lalu baginda bersabda: “Malangnya kamu, apakah benda ini?”. Orang tersebut menjawab: "Kerana penyakit Wahinah". Baginda bersabda: "Ketahuilah sesungguhnya benda itu tidak akan menambahkan (manfaat) kepadamu melainkan kesengsaraan. Tanggalkanlah ia daripada dirimu! Kerana kalau kamu mati dalam keadaan benda itu masih ada padamu, nescaya kamu tidak akan berjaya selama-lamanya." [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1029].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs