Ketahuilah, masjid ini tidak halal (untuk dimasuki) oleh orang yang berjunub dan haid

TEKS BAHASA ARAB

ألا لا يحل هذا المسجد لجنب ولا حائض إلا لرسول اللَّه ﷺ، وعلي، وفاطمة والحسن، والحسين، ألا قد بينت لكم الأسماء؛ أن تضلوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketahuilah, masjid ini tidak halal (untuk dimasuki) oleh orang yang berjunub dan haid melainkan Rasulullah, Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain. Ketahuilah aku telah menjelaskan kepada kamu nama-nama ini agar kamu tidak sesat.

STATUS

Palsu dengan lafaz yang lengkap ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1921 hadis nombor 9647. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام)
عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: خرج رسول الله ﷺ إلى صرحة هذا المسجد فقال: ألا لا يحل هذا المسجد لجنب ولا حائض إلا لرسول اللَّه ﷺ، وعلي، وفاطمة والحسن، والحسين، ألا قد بينت لكم الأسماء؛ أن تضلوا.
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ابن عساكر، هق، ((الضعيفة)) (6285)]

(Palsu dengan lafaz yang lengkap ini)
Daripada Ummu Salamah, beliau berkata: Rasulullah SAW keluar ke perkarangan masjid ini. Lalu Baginda bersabda: Ketahuilah, masjid ini tidak halal (untuk dimasuki) oleh orang yang berjunub dan haid melainkan Rasulullah, Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain. Ketahuilah aku telah menjelaskan kepada kamu nama-nama ini agar kamu tidak sesat.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam akhbar ashbahan, Ibn Asakir, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6285]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs