Palsu Dengan Selengkap Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَلَا لَا يَحِلُّ هَذَا الْمَسْجِدُ لِجُنُبٍ وَلَا حَائِضٍ إِلَاّ لِرَسُولِ اللَّهِ ﷺ، وَعَلِي،ٍّ وَفَاطِمَةَ وَالْحَسَنِ، وَالْحُسَيْنِ، أَلَا قَدْ بَيَّنْتُ لَكُمُ الأَسْمَاءَ؛ أَنْ تَضِلُّوا.
Teks Bahasa Melayu
Ketahuilah, masjid ini tidak halal (untuk dimasuki) oleh orang yang berjunub dan haid melainkan Rasulullah, Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain. Ketahuilah aku telah menjelaskan kepada kamu nama-nama ini agar kamu tidak sesat.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu Dengan Selengkap Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1921, hadis no. 9647. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بهذا التمام) عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: خرج رسول الله ﷺ إلى صرحة هذا المسجد فقال: ألا لا يحل هذا المسجد لجنب ولا حائض إلا لرسول اللَّه ﷺ، وعلي، وفاطمة والحسن، والحسين، ألا قد بينت لكم الأسماء؛ أن تضلوا. [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ابن عساكر، هق، ((الضعيفة)) (6285)]
(Palsu Dengan Selengkap Ini) Daripada Ummu Salamah, beliau berkata: Rasulullah SAW keluar ke perkarangan masjid ini. Lalu Baginda bersabda: Ketahuilah, masjid ini tidak halal (untuk dimasuki) oleh orang yang berjunub dan haid melainkan Rasulullah, Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain. Ketahuilah aku telah menjelaskan kepada kamu nama-nama ini agar kamu tidak sesat. [Riwayat Abu Nu’aim dalam akhbar ashbahan, Ibn Asakir, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6285]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman