Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Ketahuilah, masjid ini tidak halal bagi orang yang berjunub atau yang sedang haid

Teks Bahasa Arab

أَلاَ لاَ يَحِلُّ هَذَا الْمَسْجِدُ لِجُنُبٍ وَلاَ حَائِضٍ؛ إِلاَّ لِرَسُولِ اللَّهِ ﷺ، وَعَلِي،ٍّ وَفَاطِمَةَ، وَالْحَسَنِ، وَالْحُسَيْنِ، أَلاَ قَدْ بَيَّنْتُ لَكُمُ الأَسْمَاءَ؛ أَنْ تَضِلُّوا.

Teks Bahasa Melayu

Ketahuilah, masjid ini tidak halal bagi orang yang berjunub atau yang sedang haid; kecuali bagi Rasulullah ﷺ, Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husayn. Ketahuilah, sudah aku jelaskan kepada kalian akan nama-nama ini, agar kalian tidak sesat.

Sahabat Perawi

  1. Umm Salamah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 334, hadis no. 1756. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام) عن أم سلمة - رضي الله عنها -، قالت: خرج رسول الله ﷺ إلى صرحة هذا المسجد فقال: ((أَلاَ لاَ يَحِلُّ هَذَا الْمَسْجِدُ لِجُنُبٍ وَلاَ حَائِضٍ؛ إِلاَّ لِرَسُولِ اللَّهِ ﷺ، وَعَلِي،ٍّ وَفَاطِمَةَ، وَالْحَسَنِ، وَالْحُسَيْنِ، أَلاَ قَدْ بَيَّنْتُ لَكُمُ الأَسْمَاءَ؛ أَنْ تَضِلُّوا)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ابن عساكر، هق، ((الضعيفة)) (6285)].

(Palsu dengan lafaz lengkap ini) Daripada Umm Salamah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ keluar menuju bangunan masjid ini lalu bersabda: “Ketahuilah, masjid ini tidak halal bagi orang yang berjunub atau yang sedang haid; kecuali bagi Rasulullah ﷺ, Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husayn. Ketahuilah, sudah aku jelaskan kepada kalian akan nama-nama ini, agar kalian tidak sesat.” [Riwayat Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimashq dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6285].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.