Ketahuilah! Janganlah kalian berlebihan pada mahar golongan wanita

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ألا لا تغالوا في صداق النساء فإنها لو كانت مكرمة لكان أولاكم به النبي -صلى الله عليه وسلم-.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketahuilah! Janganlah kalian berlebihan pada mahar golongan wanita. Kerana kalaulah ia suatu kemuliaan, pastilah yang paling utama di kalangan kamu dengannya adalah Nabi SAW.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 24, hadis nombor 72. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بحديث. لكن أخرج أبو يعلى، عن مسروق، قال: ركب عمر-رضي الله عنه- منبر النبي ثم قال: أيها الناس! ما إكثاركم في صداق النساء؟ وقد كان رسول الله وأصحابه، إنما الصداق بينهم أربعمائة درهم، فما دون ذلك. ولو كان الإكثار في ذلك تقوى عند الله أو مكرمة، لم تسبقوهم إليها. فلا أعرفن ما زاد رجل في صداق امرأة على أربعمائة درهم ثم نزل.
وعند البيهقي، عن الشعبي، قال: خطب عمر الناس، فحمد الله وأثنى عليه وقال: ألا، لا تغالوا في صداق النساء، فإنه لا يبلغني عن أحد ساق أكثر من شيء ساقه رسول الله -صلى الله عليه وسلم- أو سبق إليه، إلا جعلت فضل ذلك في بيت المال. ثم نزل، فعرضت له امرأة من قريش، فقالت: يا أمير المؤمنين! أكتاب الله أحق أن يتبع أم قولك؟ قال: بل كتاب الله. قالت: نهيت الناس آنفا أن لا يتغالوا في صداق النساء، والله تعالى يقول: {وَءَاتَيْتُم إحْدَاهُنَّ قِنْطَاراً فَلاَ تَأْخُذُوا مِنْهُ شَيْئَا} [النساء: 20]. فقال عمر: كل أحد أفقه من عمر-مرتين أو ثلاثا-. ثم رجع إلى المنبر، فقال للناس: إني كنت نهيتكم أن لا تغالوا في صداق النساء، ألا، فليفعل رجل في ماله ما بدا له.

Ia bukan hadith, namun Abu Ya’la telah meriwayatkan daripada Masruq, dia berkata: ‘Umar telah naik atas mimbar Nabi SAW, kemudian beliau berkata: "Wahai sekalian manusia! Apakah sebab kamu meletakkan tinggi mahar bagi wanita? Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda dahulu, mahar dalam kalangan mereka hanyalah sebanyak 400 dirham, dan apa yang kurang darinya. Kalaulah meletakkan tinggi harga mahar itu merupakan satu ketaqwaan di sisi Allah atau satu kemuliaan, pastilah kalian tidak mendahului mereka kepadanyanya. Oleh itu, jangan sampai aku ketahui ada yang melebihkan seorang lelaki pada mahar seorang wanita mengatasi 400 dirham". Kemudian beliau pun turun.
Di sisi al-Baihaqi, daripada al-Sya’bi, dia berkata: ‘Umar telah berucap kepada orang ramai, lalu beliau telah memuji Allah dan menyanjung-Nya, dan beliau berkata: "Ingatlah! Janganlah kalian berlebihan pada mahar golongan wanita. Kerana sesungguhnya, tidak sampai kepadaku tentang seseorang membawakan lebih banyak berbanding apa yang pernah dibawakan oleh Rasulullah, atau Baginda mendahului kepadanya, melainkan aku akan jadikan lebihan itu ke dalam Baitulmal". Kemudian beliau pun turun. Lantas telah berdepan dengan beliau seorang wanita dari Quraish, lalu dia berkata: "Wahai Amir al-Mukminin! Adakah Kitab Allah yang lebih berhak untuk dituruti atau kata-kata engkau?". Beliau menjawab: "Bahkan Kitab Allah". Wanita itu berkata: "Engkau baru sahaja melarang orang ramai agar janganlah mereka berlebihan pada mahar golongan wanita, sedangkan Allah Ta’ala yang berfirman: {Sedang kamu telahpun memberikan kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu"} [An-Nisa' : 20]. Lalu berkata ‘Umar: "Semua orang lebih faqih berbanding ‘Umar
dua kali atau tiga-". Kemudian beliau kembali ke mimbar, lalu beliau berkata kepada orang ramai: "Sesungguhnya aku telah melarang kamu agar tidak berlebihan pada mahar golongan wanita. Ketahuilah! (Sekarang) lakukanlah seorang lelaki itu pada hartanya apa sahaja yang nyata kepadanya".

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.