Ketahuilah bahawa semua manusia yang pemurah itu berada di dalam syurga

TEKS BAHASA ARAB

ألا إن كل جواد في الجنة؛ حتم على الله، وأنا به كفيل، ألا وإن كل بخيل في النار؛ حتم على الله، وأنا به كفيل. قالوا: يا رسول الله! من الجواد ومن البخيل؟ قال: الجواد من جاد بحقوق الله في ماله، والبخيل من منع حقوق الله وبخل على ربه، وليس الجواد من أخذ حراماً وأنفق إسرافاً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketahuilah bahawa semua manusia yang pemurah itu berada di dalam syurga, menjadi kepastian ke atas Allah SWT, dan aku menjadi penjamin baginya. Dan ketahuilah bahawa setiap manusia yang kedekut itu berada di dalam neraka, menjadi kepastian ke atas Allah SWT, dan aku menjadi penjamin baginya. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah golongan yang pemurah dan siapakah golongan yang kedekut?” Baginda SAW telah bersabda: Golongan yang pemurah adalah mereka yang pemurah dengan hak-hak Allah SWT pada hartanya. Manakala golongan yang kedekut adalah sesiapa yang menghalang hak-hak Allah SWT serta kedekut ke atas Tuhannya. Dan bukanlah golongan yang pemurah itu mereka yang mengambil daripada yang haram dan membelanjakan harta secara berlebihan’’.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 96, hadis nombor 498. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ألا إن كل جواد في الجنة؛ حتم على الله، وأنا به كفيل، ألا وإن كل بخيل في النار؛ حتم على الله، وأنا به كفيل. قالوا: يا رسول الله! من الجواد ومن البخيل؟ قال: الجواد من جاد بحقوق الله في ماله، والبخيل من منع حقوق الله وبخل على ربه، وليس الجواد من أخذ حراماً وأنفق إسرافاً.
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5259)]

(Munkar)
Daripada Abū Hurayrah RA, daripada Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketahuilah bahawa semua manusia yang pemurah itu berada di dalam syurga, menjadi kepastian ke atas Allah SWT, dan aku menjadi penjamin baginya. Dan ketahuilah bahawa setiap manusia yang kedekut itu berada di dalam neraka, menjadi kepastian ke atas Allah SWT, dan aku menjadi penjamin baginya. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah golongan yang pemurah dan siapakah golongan yang kedekut?” Baginda SAW telah bersabda: “Golongan yang pemurah adalah mereka yang pemurah dengan hak-hak Allah SWT pada hartanya. Manakala golongan yang kedekut adalah sesiapa yang menghalang hak-hak Allah SWT serta kedekut ke atas Tuhannya. Dan bukanlah golongan yang pemurah itu mereka yang mengambil daripada yang haram dan membelanjakan harta secara berlebihan’’.
[Diriwayatkan oleh al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5259]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs