Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ألا إنَّ كلَّ جوادٍ في الجنةِ؛ حتمٌ على اللهِ، وأنا به كفيلٌ، ألا وإن كلَّ بخيلٍ في النارِ؛ حَتمٌ على اللهِ، وأنا به كفيلٌ. قالوا: يا رسولَ اللهِ! منِ الجوادُ ومنِ البخيلُ؟ قال: الجوادُ من جاد بحقوقِ اللهِ في مالهِ، والبخيلُ من منع حقوقَ اللهِ وبخل على ربِّه، وليس الجوادُ من أخذ حرامًا وأنفق إسرافًا.
Teks Bahasa Melayu
Ketahuilah bahawa semua manusia yang pemurah itu berada di dalam syurga, menjadi kepastian ke atas Allah SWT, dan aku menjadi penjamin baginya. Dan ketahuilah bahawa setiap manusia yang kedekut itu berada di dalam neraka, menjadi kepastian ke atas Allah SWT, dan aku menjadi penjamin baginya. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah golongan yang pemurah dan siapakah golongan yang kedekut?” Baginda SAW telah bersabda: “Golongan yang pemurah adalah mereka yang pemurah dengan hak-hak Allah SWT pada hartanya. Manakala golongan yang kedekut adalah sesiapa yang menghalang hak-hak Allah SWT serta kedekut ke atas Tuhannya. Dan bukanlah golongan yang pemurah itu mereka yang mengambil daripada yang haram dan membelanjakan harta secara berlebihan’’.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 96, hadis no. 498. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ألا إن كل جواد في الجنة؛ حتم على الله، وأنا به كفيل، ألا وإن كل بخيل في النار؛ حتم على الله، وأنا به كفيل. قالوا: يا رسول الله! من الجواد ومن البخيل؟ قال: الجواد من جاد بحقوق الله في ماله، والبخيل من منع حقوق الله وبخل على ربه، وليس الجواد من أخذ حراماً وأنفق إسرافاً. [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5259)]
(Munkar) Daripada Abū Hurayrah RA, daripada Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketahuilah bahawa semua manusia yang pemurah itu berada di dalam syurga, menjadi kepastian ke atas Allah SWT, dan aku menjadi penjamin baginya. Dan ketahuilah bahawa setiap manusia yang kedekut itu berada di dalam neraka, menjadi kepastian ke atas Allah SWT, dan aku menjadi penjamin baginya. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah golongan yang pemurah dan siapakah golongan yang kedekut?” Baginda SAW telah bersabda: “Golongan yang pemurah adalah mereka yang pemurah dengan hak-hak Allah SWT pada hartanya. Manakala golongan yang kedekut adalah sesiapa yang menghalang hak-hak Allah SWT serta kedekut ke atas Tuhannya. Dan bukanlah golongan yang pemurah itu mereka yang mengambil daripada yang haram dan membelanjakan harta secara berlebihan’’. [Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5259]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman