Ketahuilah bahawa di antara kamu ada satu malaikat yang mempertahankan kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أما إن ملكا بينكما يذب عنك كلما شتمك هذا؛ قال له: بل أنت، وأنت أحق به، وإذا قال له: عليك السلام، قال: لا، بل لك، أنت أحق به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketahuilah bahawa di antara kamu ada satu malaikat yang mempertahankan kamu setiap kali lelaki ini mencela kamu. Ia akan berkata kepadanya: Bahkan kamu, kamu lebih berhak kepadanya. Dan apabila dia (lelaki yang dicela) berkata: Ke atas kamu kesejahteraan. Malaikat berkata: Tidak, bahkan kesejahteraan itu ke atas kamu. Kamu lebih berhak kepadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 201, hadis nombor 1047. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن النعمان بن مقرن – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وسب رجل رجلا عنده؛ قال: فجعل الرجل المسبوب يقول: عليك السلام، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((أما إن ملكا بينكما يذب عنك كلما شتمك هذا؛ قال له: بل أنت، وأنت أحق به، وإذا قال له: عليك السلام، قال: لا، بل لك، أنت أحق به)). [حم، ((الضعيفة)) (2923)]

(Lemah)
Daripada al-Nu’man bin Muqrin RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Pada ketika itu ada seorang lelaki yang mencela seorang lelaki lain di sisi baginda. (Perawi) berkata: Kemudian lelaki yang dicela itu mengatakan: Ke atas kamu kesejahteraan. (Perawi) berkata): Maka Rasulullah SAW bersabda: Ketahuilah bahawa di antara kamu ada satu malaikat yang mempertahankan kamu setiap kali lelaki ini mencela kamu. Ia akan berkata kepadanya: Bahkan kamu, kamu lebih berhak kepadanya. Dan apabila dia (lelaki yang dicela) berkata: Ke atas kamu kesejahteraan. Malaikat berkata: Tidak, bahkan kesejahteraan itu ke atas kamu. Kamu lebih berhak kepadanya.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2923]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.