Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ketahuilah bahawa amalan api neraka adalah senang dengan nafsu syahwat

Teks Bahasa Arab

من أنظرَ معسرًا، أو وضعَ لهُ، وقاهُ اللهُ من فَيْحِ جهنمَ. ٢- ألا إنَّ عملَ الجنةِ حَزْنٌ بربوةٍ (ثلاثًا). ٣- ألا إنَّ عملَ النارِ سهلٌ بشهوةٍ، والسعيدُ من وُقِيَ الفتنَ. ٤- وما مِن جَرْعَةٍ أَحَبُّ إلى اللهِ من جَرْعَةِ غيظٍ يَكظِمُها عبدٌ، ما كَظَمَها عبدٌ للهِ إلا ملأَ اللهُ جوفَه إيمانًا.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang melengahkan (tempoh hutang) bagi orang yang kesempitan atau menggugurkannya, nescaya Allah akan melindunginya daripada bahang neraka jahanam. 2- Ketahuilah bahawa amalan syurga ialah kesusahan yang berbukit (tiga kali). 3- Ketahuilah bahawa amalan api neraka adalah senang dengan nafsu syahwat, sedangkan orang yang bahagia ialah orang yang terlindung daripada fitnah. 4- Tiadalah satu tegukan yang lebih disukai oleh Allah berbanding tegukan rasa marah yang ditahan oleh seorang hamba. Tidaklah seorang hamba itu menahannya kerana Allah, melainkan Allah akan memenuhkan dalam dirinya dengan keimanan.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 703 - 704, hadis no. 3603. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: خرج رسول الله ﷺ إلى المسجد وهو يقول بيده هكذا: من أنظر معسرا، أو وضع له؛ وقاه الله من فيح جهنم. ٢- ألا إن عمل الجنة حزن بربوة (ثلاثا). ٢- ألا إن عمل النار سهل بشهوة، والسعيد من وقي الفتن. ٤- وما من جرعة أحب إلى الله من جرعة غيظ يكظمها عبد، ما كظمها عبد الله؛ إلا ملأ الله جوفه إيماناً. [حم، -والشطر الأول منه - أخرجه ابن أبي الدنيا في ((الشدة بعد الفرج)) و((اصطناع المعروف))، ((الضعيفة)) (6741)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA berkata: Rasulullah SAW keluar menuju ke masjid sambil baginda berkata dengan (isyarat) tangannya seperti ini: Sesiapa yang melengahkan (tempoh hutang) bagi orang yang kesempitan atau menggugurkannya, nescaya Allah akan melindunginya daripada bahang neraka jahanam. 2- Ketahuilah bahawa amalan syurga ialah kesusahan yang berbukit (tiga kali). 3- Ketahuilah bahawa amalan api neraka adalah senang dengan nafsu syahwat, sedangkan orang yang bahagia ialah orang yang terlindung daripada fitnah. 4- Tiadalah satu tegukan yang lebih disukai oleh Allah berbanding tegukan rasa marah yang ditahan oleh seorang hamba. Tidaklah seorang hamba itu menahannya kerana Allah, melainkan Allah akan memenuhkan dalam dirinya dengan keimanan. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad, bahagia pertamanya diriwayatkan daripada Ibn Abi al-Dunya dalam al-Syiddah ba’da al-Faraj, Istina’ al-Ma’ruf. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6741].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.