Ketahuilah bahawa 40 rumah itu adalah berjiran, dan tidak akan masuk syurga mereka yang jirannya merasa takut akan kejahatan dirinya

TEKS BAHASA ARAB

ألا إن أربعين دارا جوار، ولا يدخل الجنة من خاف جاره بوائقه “، قيل للزهري: أربعين دارا؟ قال: أربعين هكذا، وأربعين هكذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketahuilah bahawa 40 rumah itu adalah berjiran, dan tidak akan masuk syurga mereka yang jirannya merasa takut akan kejahatan dirinya. Ditanyakan kepada al-Zuhri: Apakah maksud dengan 40 buah rumah? Lalu beliau berkata: 40 begini dan 40 begini.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 13, hadis nombor 6. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن كعب بن مالك – رضي الله عنه-، قال: أتى النبي – صلى الله عليه وسلم- رجل، فقال: يا رسول الله! إني نزلت محلة بني فلان، وإن أشدهم لي أذى أقربهم لي جوارا، فبعث النبي – صلى الله عليه وسلم – أبا بكر وعمر وعليا أن يأتوا باب المسجد فيقوموا عليه فيصيحوا: ((ألا إن أربعين دارا جوار، ولا يدخل الجنة من خاف جاره بوائقه. قيل للزهري: أربعين دارا؟ قال: أربعين هكذا، وأربعين هكذا)).
[طب، ((الضعيفة)) (275)]

(Lemah) Daripada Kaab bin Malik RA beliau berkata: Seorang lelaki datang bertemu Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, sesunguhnya aku singgah ke suatu tempat bani fulan, dan sesungguhnya yang paling berat menyakiti aku adalah jiran yang paling dekat dengan aku. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan Abu Bakar, Umar, dan Ali untuk pergi ke pintu masjid dan berdiri di pintu, lalu mereka menyeru: “Ketahuilah bahawa 40 rumah itu adalah berjiran, dan tidak akan masuk syurga mereka yang jirannya merasa takut akan kejahatan dirinya.” Ditanyakan kepada al-Zuhri: Apakah maksud dengan 40 buah rumah? Lalu beliau berkata: 40 begini dan 40 begini.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.275]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs