Ketahuilah aku mahu khabarkan kepada kamu bahawa sebaik-baik malaikat ialah Jibril AS, sebaik-baik para nabi ialah Adam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ألا أخبركم بأفضل الملائكة جبريل عليه السلام، وأفضل النبيين آدم، وأفضل الأيام يوم الجمعة، وأفضل الشهور شهر رمضان، وأفضل الليالي ليلة القدر، وأفضل النساء مريم بنت عمران.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mahukah kamu aku khabarkan kepada kamu? Bahawa sebaik-baik malaikat ialah Jibril AS, sebaik-baik para nabi ialah Adam AS, sebaik-baik hari ialah Jumaat, sebaik-baik bulan ialah Ramadhan, sebaik-baik malam ialah malam al-Qadar dan sebaik-baik wanita ialah Maryam binti Imran.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1655-1656, hadis nombor 8355. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس مرفوعا:(( ألا أخبركم بأفضل الملائكة جبريل عليه السلام، وأفضل النبيين آدم، وأفضل الأيام يوم الجمعة، وأفضل الشهور شهر رمضان، وأفضل الليالي ليلة القدر، وأفضل النساء مريم بنت عمران)). [طب، ((الضعيفة)) (446)].

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’: ((KMahukah kamu aku khabarkan kepada kamu? Bahawa sebaik-baik malaikat ialah Jibril AS, sebaik-baik para nabi ialah Adam AS, sebaik-baik hari ialah Jumaat, sebaik-baik bulan ialah Ramadhan, sebaik-baik malam ialah malam al-Qadar dan sebaik-baik wanita ialah Maryam binti Imran.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 446].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.