Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَفْضَلِ الْمَلَائِكَةِ ، جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ، وَأَفْضَلُ النَّبِيِّينَ آدَمُ، وَأَفْضَلُ الْأَيَّامِ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، وَأَفْضَلُ الشُّهُورِ شَهْرُ رَمَضَانَ، وَأَفْضَلُ اللَّيَالِي لَيْلَةُ الْقَدْرِ، وَأَفْضَلُ النِّسَاءِ مَرْيَمُ بِنْتُ عِمْرَانَ.
Teks Bahasa Melayu
Mahukah kamu aku khabarkan kepada kamu? Bahawa sebaik-baik malaikat ialah Jibril AS, sebaik-baik para nabi ialah Adam AS, sebaik-baik hari ialah Jumaat, sebaik-baik bulan ialah Ramadhan, sebaik-baik malam ialah malam al-Qadar dan sebaik-baik wanita ialah Maryam binti Imran.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1655-1656, hadis no. 8355. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس مرفوعا:(( ألا أخبركم بأفضل الملائكة جبريل عليه السلام، وأفضل النبيين آدم، وأفضل الأيام يوم الجمعة، وأفضل الشهور شهر رمضان، وأفضل الليالي ليلة القدر، وأفضل النساء مريم بنت عمران)). [طب، ((الضعيفة)) (446)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’: ((KMahukah kamu aku khabarkan kepada kamu? Bahawa sebaik-baik malaikat ialah Jibril AS, sebaik-baik para nabi ialah Adam AS, sebaik-baik hari ialah Jumaat, sebaik-baik bulan ialah Ramadhan, sebaik-baik malam ialah malam al-Qadar dan sebaik-baik wanita ialah Maryam binti Imran.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 446].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman