Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ المتشدِّقينَ في النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya orang yang bercakap tanpa adab dan akhlak (keangkuhan dan sombong) akan berada di dalam neraka.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 723, hadis no. 3691. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إن المتشدقين في النار. [طب، ((الضعيفة)) (7104)].
(Lemah) Daripada Abi Umamah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang bercakap tanpa adab dan akhlak (keangkuhan dan sombong) akan berada di dalam neraka. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7104].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman