Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جَهْدُ البَلاَءِ أَنْ تَحْتَاجُوا إِلَى مَا فِي أَيْدِي النَاسِ فَتُمْنَعُونَ.
Teks Bahasa Melayu
Kesengsaraan itu adalah engkau memahukan apa yang ada di tangan-tangan manusia (yang lain) tetapi kamu terhalang (dari mendapatkannya).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 615, hadis no. 3202. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((جهد البلاء أن تحتاجوا إلى ما في أيدي الناس فتمنعون)). [فر، ((الضعيفة)) (3467)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Kesengsaraan itu adalah engkau memahukan apa yang ada di tangan-tangan manusia (yang lain) tetapi kamu terhalang (dari mendapatkannya).)) [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3467]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman