Kesengsaraan adalah mempunyai ramai tanggungan keluarga namun mempunyai rezeki yang sedikit.

TEKS BAHASA ARAB

جهد ‌البلاء كثرة العيال مع قلة الشيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki berkata: Ya Allah aku berlindung daripadamu dari kesengsaraan. Nabi bersabda: ((Kesengsaraan adalah mempunyai ramai tanggungan keluarga namun mempunyai rezeki yang sedikit.))

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 607, hadis nombor 3148. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما -، قال: سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم رجلا يقول: اللهم إني أعوذ بك من ‌جهد ‌البلاء، فقال: ((جهد ‌البلاء كثرة العيال مع قلة الشيء)). [أبو نعيم في ((ما انتقاه ابن مردويه على الطبراني))، فر، ((الضعيفة)) (2592)].

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki berkata: "Ya Allah aku berlindung daripadamu dari kesengsaraan." Nabi bersabda: ((Kesengsaraan adalah mempunyai ramai tanggungan keluarga namun mempunyai rezeki yang sedikit.))
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Ma Intaqahu Ibn Mardawaih ‘ala al-Tabarani dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2592]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs