Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جهدُ البلاءِ كثرةُ العيالِ مع قِلَّةِ الشيءِ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki berkata: Ya Allah aku berlindung daripadamu dari kesengsaraan. Nabi bersabda: ((Kesengsaraan adalah mempunyai ramai tanggungan keluarga namun mempunyai rezeki yang sedikit.))
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 607, hadis no. 3148. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمر - رضي الله عنهما -، قال: سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم رجلا يقول: اللهم إني أعوذ بك من جهد البلاء، فقال: ((جهد البلاء كثرة العيال مع قلة الشيء)). [أبو نعيم في ((ما انتقاه ابن مردويه على الطبراني))، فر، ((الضعيفة)) (2592)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki berkata: "Ya Allah aku berlindung daripadamu dari kesengsaraan." Nabi bersabda: ((Kesengsaraan adalah mempunyai ramai tanggungan keluarga namun mempunyai rezeki yang sedikit.)) [Riwayat Abu Nu'aim dalam Ma Intaqahu Ibn Mardawaih ‘ala al-Tabarani dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2592]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman