Kesenangan itu ada sepuluh bahagian

TEKS BAHASA ARAB

العافية عشرة أجزاء، تسعة منها في الصمت، والعاشر اعتزالك عن الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kesenangan itu ada sepuluh bahagian, sembilan daripadanya pada berdiam diri dan pada kamu meninggalkan manusia.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2019, hadis nombor 10147. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: العافية عشرة أجزاء، تسعة منها في الصمت، والعاشر اعتزالك عن الناس.
[السلفي في ((الطيوريات))، ((الضعيفة)) (3927)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kesenangan itu ada sepuluh bahagian, sembilan daripadanya pada berdiam diri dan pada kamu meninggalkan manusia.
[Riwayat al-Silafi dalam kitabnya al-Thuyuriyat. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 3927]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs