TEKS BAHASA ARAB
ألا إن كل جواد في الجنة؛ حتم على الله، وأنا به كفيل، ألا وإن كل بخيل في النار؛ حتم على الله، وأنا به كفيل. قالوا: يا رسول الله! من الجواد ومن البخيل؟ قال: الجواد من جاد بحقوق الله في ماله، والبخيل من منع حقوق الله وبخل على ربه، وليس الجواد من أخذ حراماً وأنفق إسرافاً.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kesemua orang yang pemurah (akan berada) di syurga, (itu) satu kemestian bagi Allah, dan aku baginya sebagai penjamin, kesemua orang kedekut (akan berada) di neraka, (itu juga) satu kemestian bagi Allah, dan aku baginya sebagai penjamin. Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang pemurah, siapakah orang yang kedekut? Nabi menjawab: Orang yang pemurah itu orang yang menjaga hak Allah dalam hartanya, orang yang kedekut pula adalah yang menghalang hak Allah dan kedekut terhadap Tuhannya, bukanlah orang yang pemurah itu orang yang mengambil sesuatu yang haram dan membazir dalam berbelanja.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 626, hadis nombor 3258. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((ألا إن كل جواد في الجنة؛ حتم على الله، وأنا به كفيل، ألا وإن كل بخيل في النار؛ حتم على الله، وأنا به كفيل. قالوا: يا رسول الله! من الجواد ومن البخيل؟ قال: الجواد من جاد بحقوق الله في ماله، والبخيل من منع حقوق الله وبخل على ربه، وليس الجواد من أخذ حراماً وأنفق إسرافاً)). [الأصبهاني في ((الترغيب والترهيب))، ((الضعيفة)) (5259)].
(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW berkata: “Kesemua orang yang pemurah (akan berada) di syurga, (itu) satu kemestian bagi Allah, dan aku baginya sebagai penjamin, kesemua orang kedekut (akan berada) di neraka, (itu juga) satu kemestian bagi Allah, dan aku baginya sebagai penjamin. Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang pemurah, siapakah orang yang kedekut? Nabi menjawab: Orang yang pemurah itu orang yang menjaga hak Allah dalam hartanya, orang yang kedekut pula adalah yang menghalang hak Allah dan kedekut terhadap Tuhannya, bukanlah orang yang pemurah itu orang yang mengambil sesuatu yang haram dan membazir dalam berbelanja.”
[Riwayat Al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5259].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.