Kesemua manusia merupakan orang yang mati

TEKS BAHASA ARAB

الناس كلهم موتى؛ إلا العالمون، والعالمون كلهم هلكى؛ إلا العاملون والعاملون كلهم غرقى؛ إلا المخلصون، والمخلصون على خطر عظيم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kesemua manusia merupakan orang yang mati melainkan orang yang berilmu, dan orang yang berilmu kesemuanya orang yang celaka melainkan orang yang beramal. Orang yang beramal kesemuanya orang yang lemas melainkan orang yang ikhlas, dan orang yang ikhlas berada atas risiko yang besar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1169, hadis nombor 5907. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع): ((الناس كلهم موتى؛ إلا العالمون، والعالمون كلهم هلكى؛ إلا العاملون والعاملون كلهم غرقى؛ إلا المخلصون، والمخلصون على خطر عظيم)).[أورده الصغاني في ((الأحاديث الموضوعة))، ((الضعيفة)) (76)]

(Palsu) Kesemua manusia merupakan orang yang mati melainkan orang yang berilmu, dan orang yang berilmu kesemuanya orang yang celaka melainkan orang yang beramal. Orang yang beramal kesemuanya orang yang lemas melainkan orang yang ikhlas, dan orang yang ikhlas berada atas risiko yang besar. [ٌRiwayat al-Saghani dalam al-Ahadis al-Mawdu’ah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 76].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.