Makanlah bawang putih dalam keadaan mentah

TEKS BAHASA ARAB

كل الثوم نيئا، فلولا أني أناجي الملك لأكلته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Makanlah bawang putih dalam keadaan mentah. Kalaulah tidak kerana aku berbicara dengan malaikat, nescaya aku akan memakannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 209, hadis nombor 1102. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((كل الثوم نيئا، فلولا أني أناجي الملك لأكلته)). [حل، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4098)]

(Lemah)
Daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Makanlah bawang putih dalam keadaan mentah. Kalaulah tidak kerana aku berbicara dengan malaikat, nescaya aku akan memakannya.
[Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Hilyah, al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4098]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs