Kesempurnaan Islam tidak berkurangan

TEKS BAHASA ARAB

ما محق الإسلام الشح شيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kesempurnaan Islam tidak berkurangan, seperti sifat kedekut tidak mengurangkan apa-apa pun.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 229, hadis nombor 177. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جداً.
أخرجه أبو يعلى في مسنده كما في المطالب العالية (3/ 181) ثم رأيته في زوائده (رقم 47) والطبراني في الأوسط كما في المجمع (10/ 242) من من طريق عمرو بن الحصين حدثنا علي بن أبي سارة عن أنس مرفوعاً به. قال الهيثمي: فيه عمرو بن الحصين وهو مجمع على ضعفه.
قلت: وعلي بن أبي سارة ضعفه أبو حاتم.وقال البخاري: في حديثه نظر. وقال أبو داود: تركوا حديثه.

Dha’if Jiddan (terlalu lemah). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam Musnad beliau sebagaimana dalam al-Matalib al-‘Aliyah (3/181) , kemudian saya melihatnya dalam Zawaid beliau (hadith : 47), al-Tabarani dalam al-Awsat sebagaimana dalam al-Majma’ (10/242) melalui sanad ‘Amr bin al-Husain, katanya ‘Ali bin Abi Sarah telah menceritakan kepada kami daripada Anas secara marfu’ hadith tersebut. Al-Haythami berkata: "Dalam sanadnya terdapat ‘Amr bin al-Husain, beliau disepakati dha’if".
Saya berkata: ‘Ali bin Abi Sarah telah dinilai dha’if oleh Abu Hatim, Al-Bukhari berkata: "Berkenaan hadithnya terdapat pertikaian". Abu Daud berkata: "Mereka telah meninggalkan hadithnya".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs