Classification icon

Batil

30/06/2024

minit bacaan



Kesempurnaan iman seseorang itu adalah dia mengatakan aku beriman insya-Allah

Teks Bahasa Arab

حَدِيْثٌ: إِنَّ مِنْ تَمَامِ إِيمَانِ الْعَبْدِ أَنْ يَسْتَثْنِيَ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Kesempurnaan iman seseorang itu adalah dia mengatakan aku beriman insya-Allah.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 453, hadis no. 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الحسن بن سفيان، عن أبي هريرة مرفوعا، وهو موضوع. وقال في الميزان: هذا الحديث باطل انتهي، فقبح الله هؤلاء الكذابين جعلوا مقالاتهم ومذاهبهم أحاديث عن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم.

Diriwayatkan oleh al-Hasan bin Sufian, daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), ia palsu. Dia berkata dalam al-Mizan: Ini hadith yang batil. Moga Allah memburukkan mereka yang berdusta dengan menjadikan kata-kata dan mazhab mereka hadith daripada Rasulullah SAW.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.