Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Kesempurnaan iman seorang hamba

Teks Bahasa Arab

إنَّ من تمامِ إيمانِ العبدِ أن يَسْتَثْنِيَ في كلِّ حديثِه.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya daripada kesempurnaan iman seorang hamba ialah dia menyebutkan in shā Allah (jika Allah SWT berkehendak) dalam setiap percakapannya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 570, hadis no. 2951.

(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إنَّ مِنْ تَمَامِ إِيمَانِ الْعَبْدِ أَنْ يَسْتَثْنِيَ فِي ‌كُلِّ ‌حَدِيثِهِ». [طس، فر، «الضعيفة» (7124)]

(Palsu) Daripada Abū Hurayrah RA telah berkata: “Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Sesungguhnya daripada kesempurnaan iman seorang hamba ialah dia menyebutkan in shā Allah (jika Allah SWT berkehendak) dalam setiap percakapannya”.” [Riwayat al-Ṭabrānī dalam kitab al-Mu‘jam al-Awsaṭ, dan al-Daylamī dalam kitab al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, nombor 7124].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.