Keselamatan terdapat dalam pengasingan diri (uzlah)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: السلامة في العزلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Keselamatan terdapat dalam pengasingan diri (uzlah).

STATUS

Tiada Asalnya Dengan Lafaz Ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 97, hadis nombor 253. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كلام صحيح، وليس لمبناه أصل صريح.

Perkataan ini betul, namun tiada asas bagi lafaznya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.