Tiada asalnya dengan lafaz ini

30/06/2024

minit bacaan



Keselamatan terdapat dalam pengasingan diri (uzlah)

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: السَّلامَة فِي الْعُزْلَة.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Keselamatan terdapat dalam pengasingan diri (uzlah).

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Tiada asalnya dengan lafaz ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 97, hadis no. 253. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كلام صحيح، وليس لمبناه أصل صريح.

Perkataan ini betul, namun tiada asas bagi lafaznya.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.