TEKS BAHASA ARAB
العافية عشرة أجزاء؛ تسعة منها في الصمت، والعاشر اعتزالك عن الناس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Keselamatan itu sepuluh bahagian. Sembilan daripadanya didapati melalui berdiam dan yang kesepuluh adalah melalui menjauhkan diri kamu daripada manusia.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1737, hadis nombor 8745. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((العافية عشرة أجزاء؛ تسعة منها في الصمت، والعاشر اعتزالك عن الناس.)) [السلفي في ((الطيوريات))، فر، ((الضعيفة)) (3927)].
(Sangat Lemah)
Daripada Abdullah bin Abbas RA, secara marfu’: ((Keselamatan itu sepuluh bahagian. Sembilan daripadanya didapati melalui berdiam dan yang kesepuluh adalah melalui menjauhkan diri kamu daripada manusia.))
[Riwayat al-Silafi dalam al-Tuyuriyyat dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah a;-Da'ifah no. 3927].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.