Kesejahteraan ialah satu nama daripada nama-nama Allah yang Maha Agung

TEKS BAHASA ARAB

السلام اسم من أسماء الله عظيم، جعله ذمة بين خلقه، فإذا سلم المسلم على المسلم ؛ فقد حرم عليه أن يذكره إلا بخير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kesejahteraan ialah satu nama daripada nama-nama Allah yang Maha Agung. Allah SWT menjadikannya sebagai satu jaminan keamanan antara makhluk-Nya. Apabila seorang muslim memberi salam ke atas seorang muslim, maka telah diharamkan ke atasnya untuk menyebut kepadanya melainkan perkara kebaikan sahaja.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 68, hadis nombor 313. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس-رضي الله عنهما- مرفوعاً: ((السلام ‌اسم ‌من ‌أسماء ‌الله ‌عظيم، ‌جعله ‌ذمة ‌بين ‌خلقه، ‌فإذا ‌سلم ‌المسلم ‌على ‌المسلم؛ ‌فقد ‌حرم ‌عليه ‌أن ‌يذكره ‌إلا ‌بخير)).
[فر، ((الضعيفة)) (‌‌3733)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘: “Kesejahteraan ialah satu nama daripada nama-nama Allah yang Maha Agung. Allah SWT menjadikannya sebagai satu jaminan keamanan antara makhluk-Nya. Apabila seorang muslim memberi salam ke atas seorang muslim, maka telah diharamkan ke atasnya untuk menyebut kepadanya melainkan perkara kebaikan sahaja.”
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3733).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs