Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
السلامُ اسمٌ من أسماءِ اللهِ عظيمٌ، جعله ذِمَّةً بين خَلقِه، فإذا سَلَّم المسلمُ على المسلمِ ؛ فقد حَرُمَ عليه أن يذكُرَه إلا بخيرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Kesejahteraan ialah satu nama daripada nama-nama Allah yang Maha Agung. Allah SWT menjadikannya sebagai satu jaminan keamanan antara makhluk-Nya. Apabila seorang muslim memberi salam ke atas seorang muslim, maka telah diharamkan ke atasnya untuk menyebut kepadanya melainkan perkara kebaikan sahaja.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 68, hadis no. 313. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس-رضي الله عنهما- مرفوعاً: ((السلام اسم من أسماء الله عظيم، جعله ذمة بين خلقه، فإذا سلم المسلم على المسلم؛ فقد حرم عليه أن يذكره إلا بخير)). [فر، ((الضعيفة)) (3733)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘: “Kesejahteraan ialah satu nama daripada nama-nama Allah yang Maha Agung. Allah SWT menjadikannya sebagai satu jaminan keamanan antara makhluk-Nya. Apabila seorang muslim memberi salam ke atas seorang muslim, maka telah diharamkan ke atasnya untuk menyebut kepadanya melainkan perkara kebaikan sahaja.” [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3733).
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman