Kesalahan dan dosa Nabi terdahulu adalah disebabkan oleh pandangan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قَدِمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَفْدُ عَبْدِ القيس، وفيهم غلام ظاهر الْوَضَاءَةِ فَأَجْلَسَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ خَلْفَ ظَهْرِهِ. وقال: كان خطيئة داود النَّظَرُ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW telah didatangi oleh rombongan Abd al-Qais dan dikalangan mereka terdapat seorang budak lelaki yang kelihatan berseri-seri wajahnya, Maka Nabi SAW mendudukannya di belakang baginda SAW dan bersabda : Kesalahan dan dosa Nabi dahulu adalah disebabkan oleh pandangan.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 206, hadis nombor 25. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا أَصْلَ لَهُ. وَفِي إسناده: مجاهيل.

Hadith ini tiada asal baginya dan pada sanadnya terdapat perawi-perawi yang tidak dikenali.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.