Kerugian yang sebenar adalah sesiapa yang tidak dapat menerima harta rampasan perang Kalb

TEKS BAHASA ARAB

يكون اختلاف عند موت خليفة فيخرج رجل من المدينة هاربا إلى مكة، فيأتيه ناس من أهل مكة فيخرجونه وهو كاره، فيبايعونه بين الركن والمقام، فيبعث إليهم جيش من الشام فيخسف بهم في البيداء، فإذا رأى الناس ذلك أتته أبدال الشام، وعصائب العراق فيبايعونه، ثم ينشأ رجل من قريش أخواله كلب، فيبعث إليه المكي بعثا فيظهرون عليهم، وذلك بعث كلب، والخيبة لمن لم يشهد غنيمة كلب، فيقسم المال، ويعمل في الناس سنة نبيهم صلى الله عليه وسلم، ويلقي الإسلام بجرانه إلى الأرض، يمكث تسع سنين أوسبع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan berlaku pertelingkahan ketika kematian seorang khalifah, lalu seorang lelaki keluar daripada Madinah lari menuju ke Mekah. Orang ramai dalam kalangan penduduk Mekah pun mendatanginya lalu mereka mengeluarkannya dalam keadaan dia tidak rela. Mereka pun berbaiah kepadanya di antara al-Rukun dan juga Maqam Ibrahim. Setelah itu, dipersiapkan tentera dari Syam untuk menentangnya, sehingga apabila mereka sampai di Baida’ (tanah lapang di antara Mekah dan Madinah), mereka (tentera dari Syam) ditenggelamkan (dalam bumi). Apabila orang ramai melihat perkara itu terjadi, para wali dari Syam pun datang menemuinya, begitu juga sekumpulan ahli Iraq, mereka pun membaiahnya. Kemudian seorang lelaki Quraisy mengumpulkan bapa-bapa saudaranya (keturunan Bani Kalb), lantas seorang penduduk Mekah mengutuskan utusan kepadanya, lalu dapat mengalahkan mereka, maka itulah rombongan suku Kalb. Kerugian yang sebenar adalah bagi sesiapa yang tidak dapat menyaksikan harta rampasan perang Kalb, lalu dia pun membahagikan harta tersebut dan melakukan sunnah Nabi mereka SAW kepada orang ramai, Islam tersebar ke sekitarnya hingga seluruh bumi, dia hidup selama 9 tahun atau 7 tahun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1318, hadis nombor 6729. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أم سلمة رضي الله عنها مرفوعا: يكون اختلاف عند موت خليفة فيخرج رجل من المدينة هاربا إلى مكة، فيأتيه ناس من أهل مكة فيخرجونه وهو كاره، فيبايعونه بين الركن والمقام، فيبعث إليهم جيش من الشام فيخسف بهم في البيداء، فإذا رأى الناس ذلك أتته أبدال الشام، وعصائب العراق فيبايعونه، ثم ينشأ رجل من قريش أخواله كلب، فيبعث إليه المكي بعثا فيظهرون عليهم، وذلك بعث كلب، والخيبة لمن لم يشهد غنيمة كلب، فيقسم المال، ويعمل في الناس سنة نبيهم صلى الله عليه وسلم، ويلقي الإسلام بجرانه إلى الأرض، يمكث تسع سنين أوسبع.
[حم، د، ابن عساكر، طس، ((الضعيفة)) (١٩٦٥)].

(Lemah)
Daripada Ummu Salamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan berlaku pertelingkahan ketika kematian seorang khalifah, lalu seorang lelaki keluar daripada Madinah lari menuju ke Mekah. Orang ramai dalam kalangan penduduk Mekah pun mendatanginya lalu mereka mengeluarkannya dalam keadaan dia tidak rela. Mereka pun berbaiah kepadanya di antara al-Rukun dan juga Maqam Ibrahim. Setelah itu, dipersiapkan tentera dari Syam untuk menentangnya, sehingga apabila mereka sampai di Baida’ (tanah lapang di antara Mekah dan Madinah), mereka (tentera dari Syam) ditenggelamkan (dalam bumi). Apabila orang ramai melihat perkara itu terjadi, para wali dari Syam pun datang menemuinya, begitu juga sekumpulan ahli Iraq, mereka pun membaiahnya. Kemudian seorang lelaki Quraisy mengumpulkan bapa-bapa saudaranya (keturunan Bani Kalb), lantas seorang penduduk Mekah mengutuskan utusan kepadanya, lalu dapat mengalahkan mereka, maka itulah rombongan suku Kalb. Kerugian yang sebenar adalah bagi sesiapa yang tidak dapat menyaksikan harta rampasan perang Kalb, lalu dia pun membahagikan harta tersebut dan melakukan sunnah Nabi mereka SAW kepada orang ramai, Islam tersebar ke sekitarnya hingga seluruh bumi, dia hidup selama 9 tahun atau 7 tahun.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, Ibn 'Asakir, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1965].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs