TEKS BAHASA ARAB
{يوم يكشف عن ساق}، قال: «عن نور عظيم يخرون له سجدا».
TEKS BAHASA MALAYSIA
"(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat)" [Al-Qalam: 42], baginda bersabda: "Kerana cahaya yang agung, mereka tersungkur sujud kepada-Nya".
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 455, hadis nombor 2436. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي موسى – رضي الله عنه – عن النبي ﷺ في قوله – تعالى -: «{يوم يكشف عن ساق}، قال: «عن نور عظيم يخرون له سجدا». [ع، البيهقي في «الأسماء والصفات»، «الضعيفة» (1339)].
(Munkar) Daripada Abu Musa RA, daripada Nabi ﷺ, berkenaan firman Allah Taala: "(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat)" [Al-Qalam: 42], baginda bersabda: "Kerana cahaya yang agung, mereka tersungkur sujud kepada-Nya". [Riwayat Abu Ya’la dan al-Bayhaqi dalam al-Asma’ wa al-Sifat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1339].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.