Keputusanku terhadap seorang adalah keputusanku terhadap jemaah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: حكمي على الواحد حكمي على الجماعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Keputusanku terhadap seorang adalah keputusanku terhadap jemaah.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 200, hadis nombor 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال العراقي في تخريج البيضاوي: لا أصل له. انتهى.وقد ذكره أهل الأصول في كتبهم الأصولية. واستدلوا به فأخطأوا.وفي معناه مما له أصل: إنما مبايعتي لامرأة كمبايعتي لمائة امرأة وهو في الترمذي.

Al-Iraqi berkata di dalam Takhrij al-Baidhawi: Tidak ada asalnya.Tamat nukilan.Ia telah disebutkan oleh Ulama usul fiqh di dalam kitab-kitab usul fiqh dan mereka berhujah dengannya maka mereka telah melakukan kesilapan.Dan pada maknanya daripada sumber yang ada asal (daripada hadith): Sesungguhnya bai’ah terhadapku bagi seorang wanita seperti bai’ah terhadapku bagi 100 orang wanita, dan ia dalam riwayat al-Tirmizi.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs